Kenapa Saya Mahu Anda Berjaya - Richworks
Double Tap To Zoom
Kenapa Saya Mahu Anda Berjaya
MYR 35.00
Quantity
Estimated Delivery Time
Estimated Delivery Time

"Saya sering ditanya bagaimana saya boleh mencapai kejayaan seperti sekarang. Apa yang perlu dilakukan untuk berjaya seperti saya dan berbagai soalan lagi yang berkaitan dengan kejayaan. Alhamdulillah, ramai yang mahu menjadikan saya sebagai mentor. Saya sangat bersyukur kerana diberi peluang untuk membantu lebih ramai orang.

Sepanjang saya menelusuri kehidupan, saya sudah alami jatuh bangun, tersungkur, terduduk dan terlentang dalam menongkah arus kehidupan dan dalam perniagaan. Namun, dengan izin Allah S.W.T, itulah yang menjadikan saya seperti saya sekarang. Pengalaman jatuh bangun tu adalah sangat menyakitkan dan saya tidak mahu anda semua menjadi seperti saya.

Di dalam dunia yang serba pantas ini, kejayaan sepatutnya lebih mudah untuk dicapai. Saya akan rasa sangat gembira jika anda mampu mencapai kejayaan yang lebih besar dari saya dalam tempoh yang lebih pantas dari apa yang saya capai. Saya tidak mahu anda “delay” kejayaan anda kerana kita tidak tahu umur kita ini sampai bila dan sepanjang mana.

Untuk itu, saya mahu berkongsi dengan anda KENAPA SAYA MAHU ANDA BERJAYA kerana sebenarnya itulah antara tujuan saya iaitu untuk membantu lebih ramai orang berjaya mencapai matlamat hidup. Adakah anda sedar, anda sebenarnya tidak lagi sepatutnya gagal mencapai apa yang anda inginkan. Kita hidup di dalam zaman di mana kejayaan mencapai cita-cita itu adalah sesuatu kemestian. Dan anda juga MESTI BERJAYA!

KENAPA SAYA MAHU ANDA BERJAYA menggariskan sebab-sebab yang menghalang anda dari mencapai kejayaan dan tip-tip serta formula-formula yang dapat membantu membangkitkan semangat anda yang selama ini asyik gagal sahaja. Fikirkan apa matlamat hidup anda? Adakah anda sudah cukup membantu ibu bapa dan ahli keluarga? Adakah anda sudah puas memberi kepada insan-insan yang susah di luar sana?

Mungkin ada orang lain tidak mahukan anda berjaya dan berharap supaya anda sama sahaja seperti mereka tetapi ingat pesan ikhlas ini, saya betul-betul mahukan anda berjaya. Bagi saya, bila anda berjaya, anda akan mampu untuk bantu lebih ramai orang lain. Melihat kejayaan anda adalah suatu kejayaan bagi saya.

Hadamkan buku ini dan teruskan tindakan bertubi-tubi. Usah gentar, ambil tindakan dan realisasikan impian anda hari ini."


Best viewed in Chrome Browser. Login to AVANA Dashboard.
Copyright Reserved 2020
Powered with
by AVANA
Click Below To Share