[Pre Order] 25 Formula Hidup Luar Biasa - Richworks
Double Tap To Zoom
[Pre Order] 25 Formula Hidup Luar Biasa
MYR 45.90
Quantity
Estimated Delivery Time
Estimated Delivery Time

BUKU YANG PENUH DENGAN FORMULA DAN INSPIRASI UNTUK HIDUP LUAR BIASA

"Ustaz, saya masih gagal membeli kebahagiaan"' kata Tuan Haji, dengan mata yang tampak berkaca-kaca. Beliau menyambung, "Saya punya anak lima orang, tetapi kami sudah enam tahun tidak cukup 'korum' beraya..."

Saya maklum anak kedua keluarga ini, Ikram sudah lama tidak pulang menjenguk keluarga. Masalah keluarga, kata isteri Tuan Haji. Ikram merajuk apabila teruk dimarahi ayahnya kerana gagal menghabiskan pelajaran di London.

What do you think I should do Ustaz? What does our religion say about this matter?

"Apa kata Tuan Haji gandakan sedekah? Sebab yang saya faham dari nasihat Rasul, sedekah ni ibarat formula mujarab untuk apa jua masalah. Ia perisai harta, penyembuh penyakit, menghindar masalah dan penenang hati..."

Tuan Haji mengangguk bersetuju. Perkara pertama yang dilakukannya ialah membantu anak setinggan sekitar kediaman. Hampir semua anak yang menduduki peperiksaan penting dihantar tuisyen. Beliau yang biayai semua yurannya.

Akhirnya, jawapan dari Tuhan tiba. Pagi hari raya ketiga tahun berikutnya, tidak semena-mena isteri Tuan Haji menelefon saya, "Ustaz wajib datang beraya rumah saya hari ini! Ikram dah balik semalam. Saya ingin sekali Ustaz berkenalan dengannya..."

Dari suaranya itu, saya pasti ia adalah suara kegembiraan seorang ibu yang sudah tujuh tahun menghilang. Petangnya ketika bersembang dengan Tuan Haji, saya dapat rasakan 'puzzle' kebahagiaan yang telah lama menghilang kembali menjelma.

Kata Tuan Haji "Alhamdulillah, semalam saya tidur paling nyenyak. Tujuh tahun Ustaz, something missing dari isteri saya. Semalam saya melihatnya semula. Dia kembali menjadi ibu rumahtangga ini. Kopi khas Sabah yang selama ini tidak pernah dibancuh, semalam saya dapat merasainya semula. Saya tahu Ikram sejak kecil sukakan kopi itu..."

Begitulah pembaca budiman, kisah luarbiasa bagaimana salah satu formula buku ini menunjukkan keajaibannya. Anda akan terinspirasi dengan berbagai kisah dari 21 formula hidup luarbiasa yang akan membantu menjawab segala persoalan hidup yang selama ini menghantui anda:

⦿ Mengapa saya mencuba berkali-kali tetapi masih tidak berjaya?

⦿ Setelah mengecapi kejayaan, mengapa saya seolahnyatersekat ketika hendak mencapai kejayaan lebih besar?

⦿ Mengapa hati sering runsing, kurang bahagia walaupun segalanya sudah dicapai? Seolahnya ada 'something missing somewhere?'

Kesemua formula ini merupakan 'rahsia dalam rahsia' yang dikumpulkan hasil pengamatan dari prinsip dan cara hidup manusia luarbiasa. Mereka yang cemerlang, kaya, bahagia, diberkati dan diredhai Illahi. Yakinlah, ia berkesan untuk mengubah anda menjadi manusia berbeza dari sebelum ini.

Menjadi manusia luarbiasa.

Syarat-syarat Pre-Order:

⦿ Anda akan terima stok dalam masa 14-21 hari.

⦿ Setiap stok akan tiba dalam batch yang berbeza, kami akan menghantar mengikut setiap batch.

⦿ Kami akan maklumkan penghantaran stok melalui email.

⦿ Ketersediaan stok bergantung pada pesanan kami dengan pihak pembekal. Sekiranya ada kemungkinan stok yang tertentu tidak ada pada masa pesanan, kami akan mengembalikan sepenuhnya kepada anda.


Best viewed in Chrome Browser. Login to AVANA Dashboard.
Copyright Reserved 2020
Powered with
by AVANA
Click Below To Share